Kelas Ms. Publisher (Asas Ms. Publisher Secara Persendirian)

14 September 2020 | Aktiviti Terkini

Ahad bersamaan 13 September 2020, Pusat Internet Spaoh (PI Spaoh) telah mengadakan Kelas Ms. Publisher iaitu ‘Asas Ms. Publisher Secara Persendirian’ yang bermula pada jam 9.00 pagi hingga 12.00 tengahari bertempat di Pusat Internet Spaoh. Kelas ini telah di sertai oleh seorang peserta daripada golongan dewasa.

Tujuan utama kelas ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan secara peringkat pengenalan kepada peserta mengenai asas-asas dalam menggunakan Ms Publisher untuk menyiapkan sesuatu pekerjaan dan tugasan.

Antara pengisian semasa kelas ialah peserta pada awal kelas diterangkan kegunaan Ms. Publisher dan perbezaannya dengan program Microsoft yang lain. Peserta merupakan seorang pemilik gerai makan serta seorang kontraktor yang ingin belajar ICT dan Ms Office. Untuk kelas kali ini, peserta diajar asas memasukkan text box dan gambar menggunakan Ms. Publisher kerana ia sesuai dengan permintaan dan tugasan yang beliau inign siapkan. Sebelum itu, peserta itu sendiri telah membawa pendrive yang berisi gambar-gambar yang diperlukan untuk beliau menyiapkan kerja beliau. Beliau telah diajar langkah demi langkah penggunaan text box dan cara memasukkan gambar ke dalam Ms. Publisher kemudian menyusun dan mengubah saiz gambar tersebut mengikut kemahuan beliau. Dengan gambar yang agak banyak, setiap satu muka surat, beliau meletakkan paling banyak dalam 4 gambar agar gambar yang di masukkan tidak terlalu kecil untuk dilihat apabila sudah dicetak. Beliau berjaya menyiapkan tugasan dalam masa lebih kurang 2 jam.

Dengan kelas sebegini, sedikit sebanyak peserta dapat dididik dan mendapat sedikit pengetahuan am untuk kegunaan di masa hadapan sejajar dengan matlamat Pusat Internet iaitu memberi pendedahan awal kepada komuniti luar bandar mengenai ICT agar setaraf dengan penduduk di bandar.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali